Punca penahanan 2008 Penahanan ISA 2008

Gerakan penahanan dilakukan oleh polis Bukit Aman setelah polis Malaysia mengkaji suasana politik negara . Malahan Panglima ATM turut mengingatkan rakyat agar lebih berwaspada berhubung isu perkauman .Semua mereka ditahan pada hari Jumaat, 12 September 2008, 4 hari hari sebelum 16 September 2008 , tarikh igauan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Raja Petra Kamaruddin merupakan blogger dari Malaysia Today yang masih mempertahankan kebebasan internet. Sebelum ini beliau mengasaskan FreeAnwar.com yang membela Datuk Sri Anwar Ibrahim yang dipecat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pihak JAKIM dan JAWI dan YADIM telah mempertikaikan artikel dan komen tertentu dalam Malaysia Today yang menghina Islam dan Nabi Muhamad.[1]

Tan Hoon Cheng adalah wartawan yang mendengar sendiri ucapan Datuk Ahmad Ismail di pentas UMNO yang mengaitkan masyarakat Cina dengan pendatang tahun-tahun 1786. Datuk Ahmad Ismail telah digantung keahlian UMNO selama 3 tahun dan tidak ditahan di bawah ISA.

Teresa Kok dikatakan cuba mengekang penggunaan pembesar suara di masjid-masjid di Kinrara, Puchong dan Damansara. Malahan Utusan Malaysia menyiarkan gambar beliau yang menggantikan papan tanda jalan yang bertulisan rumi bahasa Melayu dan tulisan jawi dengan tulisan bahasa Cina dan tulisan bahasa Tamil di Kuala Lumpur. Hal ini berkait dengan petisyen yang dikemukakan oleh Steven Ee yang memungut tanda tangan di sekitar Kinrara dan dihantar kepada Datuk Mohamad Satim Diman di Sri Serdang pada Februari 2008. Ketika itu Datuk Seri Mohd Khir Toyo masih menjadi Menteri Besar Selangor.